RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RM10/SEMINGGU
RM30/SEBULAN
email ke iklanpercuma11@gmail.com
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RM10/SEMINGGU
RM30/SEBULAN
email ke iklanpercuma11@gmail.com
RUANG IKLAN UNTUK DISEWA
RM10/SEMINGGU
RM30/SEBULAN
email ke iklanpercuma11@gmail.com

Sunday, March 13, 2011

Bagaimana Nak Lulus Temuduga Kerja @ Bagaimana Nak Senang Dapat Kerja


Salam,
Ada banyak faktor yang kita perlu ambil kira sebelum kita menghadiri sesuatu temuduga.
Di sini saya akan kongsikan serba sedikit penduan untuk berjaya dalam temuduga
Sebelum : Ini adalah peringkat paling penting dimana hampir 50% persiapan mesti dilakukan. Kegagalan untuk merancang dengan baik akan menyebabkan anda kecewa dengan hasil temuduga nanti.

1. Cari maklumat !

Maklumat paling penting ialah mengenai latarbelakang syarikat. Ketahui serba sedikit mengenai struktur organisasi syarikat, produk, industri, market share (penguasaan syarikat ke atas pasaran luar contohnya Syarikat A menguasa 30% daripada pasaran telekomunikasi tempatan), dan yang paling penting ialah mengenai job description atau bidang tugas untuk jawatan yang dipohon. Kebanyakan maklumat boleh diperolehi melalui internet lebih-lebih lagi bagi syarikat yang mempunyai laman web sendiri. Jika tidak, anda boleh mendapatkan maklumat ini dengan bertanya kepada kawan atau saudara mara yang pernah / sedang bekerja di sana. Jika tiada maklumat, maka langkah terakhir ialah dengan menghubungi Jabatan Sumber Manusia dan bertanya mengenainya.


2. Latih Diri Anda Bercakap

Untuk memastikan kelancaran menjawab soalan, anda perlu berlatih untuk menjawab soalan-soalan yang dirasakan akan ditanya oleh penemuduga. Buat latihan sebanyak mungkin bersama kawan anda dan dapatkan pandangan orang ke 3 mengenai “pencapaian” anda. Perbaiki kelemahan seperti bercakap terlalu perlahan, terlalu laju atau tergagap-gagap. Untuk ujian bertulis, buat latihan penulisan supaya anda dapat menjawab dalam tempoh yang ditetapkan.

3. Pastikan Lokasi , Masa, & Pengangkutan

Ketahui dengan tepat di mana lokasi temuduga. Sebolehnya anda dinasihatkan untuk pergi ke lokasi untuk mengetahui jarak sebenar dengan kediaman dan masa yang diperlukan untuk sampai ke sana. Jika lokasinya di bandar besar, anda perlu mengambilkira faktor lain seperti kesesakan lalulintas, jenis pengangkutan awam yang boleh digunakan dan untuk yang memandu, tempat parking yang berhampiran. Rancang perjalanan anda ke tempat temuduga supaya anda tidak perlu tergesa-gesa pada hari penting itu nanti.

Lagi banyak rahsia dan tips serta trik nak dapat kerja kat sini

No comments:

Post a Comment